Tuesday, December 22, 2009

salam ta'aruf....

assalamualaikum wbrkt..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam kerana dengan limpah kurniaNya sampai saat ini ana masih lagi diberikan nikmat iman dan Islam.. bersyukur juga kerana baru kini ini hati ini tergerak untuk memulakan langkah dalam melakar coretan buat tatapan sahabat-sahabat diluar setelah dipujuk sahabat..

ana harap dengan penyediaan blog ini, ana mampu memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat sebagai salah satu medan dalam menyampaikan dakwah di samping salah satu titik permulaan dalam .. "seringkah kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi...

akhir kalam, sambutlah salam ta'aruf dari ana kepada sahabat-sahabat yang menatap blog ini..

"kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi...mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati...
ayuh kita bangkitkan diri, agar segala yang ingin dihiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah nabi, kerana itulah sifat hamba hakiki...

No comments:

Post a Comment